BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 24, 2010

ladamerah elektrik & penghawa dingin(speciallist aircond)

PENDAWAIAN ELEKTRIK
wiring baru,tambah, penambahan/pemindahan wiring berikutan kerja-kerja ubahsuai
rumah, trouble shooting/kerosakan, upgrade DB,pasang timer,dan lain-lain

PEMASANGAN
Memasang peralatan elektrik spt kipas,lampu dan lain-lain

AIRCOND/PENGHAWA DINGIN
perkhidmatan membekal,memasang, pemindahan,normal servis,high amp,compresor tidak berfungsi,aircond tidak sejuk,bocor dan lain-lain

KAWASAN PERKHIDMATAN
keutamaan selangor

contact:
fb: lada merah
email: h4ku@ymail.com
tel: 017-3530840(ayie)


Wednesday, November 11, 2009

Gara-gara Stadium Nasional dirosakkan penyokong Kelantan - 'FAM kena bayar ganti rugi'

"PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) yang kena bayar. Mereka penyewa." Demikian tegas Pengurus Besar Kompleks Sukan Negara, Wan Nor Azinah Zaniby Wan Hashim semalam berkenaan kerugian yang dialami Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Menurutnya, secara asasnya kerugian atas kerosakan di stadium berkenaan perlu dibayar oleh pihak penyewa bagi perlawanan tersebut iaitu FAM.
Jumlah kerugian kerosakan fasi- liti di Stadium Nasional akibat tinda- kan ganas dan tidak bertamadun penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2009, Sabtu lalu dianggarkan berjumlah RM214,000.
"Semalam (kelmarin) pihak stadium bersama wakil dari FAM telah melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk menilai segala kerosakan yang berlaku.
"Hari ini (semalam) pula kita telah mengadakan perbincangan dengan FAM dan menyatakan berapa jumlah kerugian yang mereka perlu bayar yang dianggarkan berjumlah RM214,000," katanya ketika ditemui Kosmo! di pejabatnya semalam.
WAN NOR AZINAH ZANIBY
Namun, memandangkan sudah jelas dan nyata segala kerosakan itu dilakukan oleh penyokong Kelantan, maka FAM berkemungkinan besar akan mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dengan jumlah RM214,000 itu bagi menampung kos ganti rugi kepada pihak stadium.
Ketika diminta menjelaskan secara terperinci kos untuk memperbaiki kerosakan-kerosakan itu, Wan Nor Azinah berkata, RM112,000 diperlukan untuk membeli 224 unit kerusi baru dengan harga setiap set bernilai RM500.
"Sebanyak 16 set kerusi terbakar, 205 set kerusi rosak manakala tiga set kerusi didapati telah tumbang.
"Bagi pagar stadium pula, kita memerlukan RM15,000 untuk memperbaiki Gate Kuning (RM5,000), Gate Merah (RM5,000) dan selak pagar yang patah (RM5,000).
"Lain-lain kos ialah sebanyak RM60,000 untuk memperbaiki trek yang terbakar akibat balingan mercun dan RM27,000 untuk memperbaiki tandas merangkumi kerosakan kepala paip, mangkuk tandas dan sinki," jelasnya.
Wan Nor Azinah menegaskan, penyokong Kelantan tidak sepatutnya menyalahkan kawalan keselamatan di stadium yang longgar sebagai punca kejadian tersebut memandangkan polis telah menempatkan sejumlah anggotanya yang ramai untuk perlawanan tersebut.
"Semua ini berbalik kepada budaya gemar menjahamankan harta benda awam. Ini tidak baik dan pe- nyokong sepatutnya perlu ada sema- ngat kesukanan. Menang atau kalah, kena terima seadanya.
"Saya harap kejadian seperti ini tidak berulang. Stadium ini harta
rakyat, guna duit rakyat. Ini pertama kali kita terpaksa membaiki kerosakan sebegini teruk," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2011 semalam memberitahu bahawa Jawatankuasa Tatatertib FAM akan bersidang petang ini bagi menentukan bentuk hukuman yang bakal diterima Kafa berhubung insiden tersebut.
Begitupun, beliau enggan mengulas mengenai pembayaran ke atas kerugian yang dialami Stadium Nasional.

Lelaki beli seluar dalam untuk pikat wanita

LONDON - Satu tinjauan oleh rangkaian gedung beli-belah ternama Britain, Debenhams mendapati, lelaki membeli seluar dalam untuk memikat wanita.
Kajian itu turut mendapati, golongan lelaki secara purata menyerahkan segala urusan pembelian seluar dalam mereka sendiri kepada ibu sehingga mereka mencapai usia 19 tahun.
Ia berbeza dengan wanita yang mula membeli ketika berusia 13 tahun sebaliknya lelaki yang baru berbuat demikian pada umur 19 hingga 23 tahun bertujuan untuk mencari pasangan hidup.
Ketika tempoh itu, lelaki sanggup membeli sehingga 31 pasang seluar dalam setahun kerana percaya kononnya memakai seluar dalam baru merupakan syarat penting untuk menjalinkan hubungan dengan wanita.
Namun, lelaki didapati kurang membeli seluar dalam semasa berumur antara 23 dan 33 tahun kerana hubungan dengan pasangan waktu itu dianggap sudah stabil.
Mereka dalam kumpulan umur tersebut menyerahkan hal berkaitan pembelian seluar dalam baru kepada teman hidup.
"Kajian kami menunjukkan, kita boleh mengenali lelaki yang sedang mencari pasangan dengan melihat jumlah seluar dalam dibeli, kata ketua aksesori lelaki di gedung beli-belah Debenhams, Rob Faucherand.
Jika lelaki membeli lebih 31 pasang seluar dalam setahun, ia menunjukkan dia masih terdesak untuk mencari teman atau belum mempunyai sebarang teman wanita. - Reuters

Teori Hari Kiamat

Kalendar kaum Mayan meramalkan kiamat berlaku pada 2012 dan seluruh dunia kini berbicara mengenainya. Apakah bentuk-bentuk kemusnahan yang mungkin boleh terjadi pada dunia?





-RUPA salah satu asteroid yang terapung di angkasa-



RAMALAN tarikh kiamat bukan perkara baru. Sudah acap kali penduduk dunia dimomokkan dengan ramalan hari kiamat berlaku pada tarikh tertentu, namun ternyata nafas dunia belum terhenti. Seorang petani di New England pernah meramalkan kiamat berlaku pada 23 April 1843 sehingga memiliki pengikut yang digelar The Millerites. Tarikh 1 Januari 2000 juga tidak terkecuali antara yang pernah diramalkan.
Terdahulu, riuh pada tahun 1806 apabila seorang penternak di Leeds, Britain mendakwa seekor ayam betinanya mengeluarkan telur bertulis 'Christ is coming' dan masyarakat dunia menjangkakan itu petanda kiamat hampir tiba. Pengasas gereja Mormon pernah menggemparkan dunia apabila memberitahu kiamat bakal berlaku sebelum tahun 1891.
Tahun ini, ramalan kedengaran lagi. Kali ini berdasarkan teori 'pengakhiran kalendar' kaum Mayan, Mexico, kiamat akan berlaku pada 21 Disember 2012. Filem berkisar mengenainya '2012' bakal ditayangkan di pawagam 12/112009 Sama ada ramalan itu benar atau tidak, kita hanya akan mengetahuinya tiga tahun lagi.

-AIS yang mencair boleh menyebabkan banjir besar dibumi-


Namun begitu, ia bukanlah satu-satunya cara kemusnahan dunia khususnya bumi. Planet yang didiami manusia itu terlalu kerdil untuk dibandingkan dengan seluruh alam semesta. Bumi ibarat setitik pada satu galaksi dan terdapat berbilion-bilion galaksi di alam semesta.
Menurut Pegawai Sains di Agensi Angkasa Negara, Mohd. Zamri Shah Mastor yang ditemui di Putrajaya baru-baru ini, kehancuran dunia atau bumi boleh berlaku menerusi beberapa cara.
Hentaman objek
"Pertama adalah menerusi hentaman objek-objek yang terapung di angkasa lepas seperti komet atau asteroid. Terdapat bukti bahawa objek-objek ini boleh memusnahkan," katanya sambil menunjukkan sekeping gambar terbaru permukaan bulan yang pernah dirakamkan oleh misi angkasa Jepun, Selena.
"Kawah-kawah yang terbentuk pada bulan planet bumi adalah hasil hentaman daripada objek-objek ini. Bulan dan bumi kita terletak berhampiran. Bumi kita terselamat kerana memiliki atmosfera. Setiap kali komet dan asteroid cuba menerjah astmosfera bumi, ia akan musnah terlebih dahulu. Bayangkan apa akan terjadi jika manusia berterusan memusnahkan atmosfera dan lapisan ozon bumi?" soal Zamri yang berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang sains angkasa.
"Saintis turut mengaitkan kepupusan dinosaur di muka bumi satu ketika dahulu dengan peristiwa hentaman komet. Peristiwa Tunguska yang menyebabkan kewujudan kawah seluas 2,150 kilometer persegi di Siberia pada tahun 1908 dipercayai disebabkan hentaman objek dari angkasa lepas," katanya.



-GAMBARAN bencana besar di bumi yang dipaparkan dalam filem 2012 yang bakal ditayangkan di pawagam 12/11/2009-


Menurut Zamri, berdasarkan laporan Agensi Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA) di laman web http://neo.jpl.nasa.gov, boleh dikatakan hampir setiap hari ada sahaja asteroid yang bergerak menghampiri bumi dan berpotensi melanggarnya. Namun ia tidak berlaku kerana atmosfera kita masih menjadi perisainya. Terdapat 1,077 asteroid yang dikenal pasti berpotensi menghentam Bumi. Namun, lazimnya kata Zamri, saintis hanya menyedari kehadiran sesuatu asteroid apabila ia telah melepasi bumi.
"Antara asteroid yang paling hangat diperkatakan kini adalah asteroid Apophis. Ahli astronomi pada mulanya menjangka ia akan melanggar bumi pada tahun 2029 sebelum diubah kepada 2036.
"Asteroid ini dikatakan akan berada kira-kira 30,000 kilometer (dianggap hampir) dari bumi dan boleh mencetuskan bencana yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Bagaimanapun, berdasarkan saiznya, ia dijangka tidak akan memusnahkan bumi sepenuhnya," kata Zamri.
Perlanggaran galaksi
Selain daripada hentaman komet atau asteroid kata Zamri, bumi juga boleh musnah apabila berlakunya perlanggaran antara galaksi. Kejadian pertembungan antara galaksi memang pernah berlaku


-ZAMRI menunjukkan satu gambar permukaan bulan terbaru yang teruk dihentam objek terapung di angkasa seperti asteroid dan komet-

Jika ia berlaku, seluruh isi galaksi berkenaan akan berlanggar dan tunggang terbalik. Lebih teruk daripada tsunami pun boleh berlaku," katanya.
Bagaimanapun Zamri berkata, kalangan saintis juga percaya ada kemungkinan alam semesta ini tidak akan berakhir, sebaliknya terus berkembang pesat. Bahkan, ada yang mendakwa bahawa bukti-bukti lebih terarah kepadanya.


-PERBUATAN manusia menjadi salah satu punca berlakunya bencana alam. – Gambar hiasan. (KANAN) Hampir setiap hari, ada asteroid yang cuba menghampiri bumi-

Sementara itu, menurut bekas Ketua Jabatan Geologi, Universiti Malaya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hassan, bencana yang dahsyat dan besar boleh berlaku apabila plat-plat bumi bergerak semakin pantas dan mengakibatkan pertembungan sesamanya.
"Plat-plat itu kini bergerak lebih pantas dan bertembung dengan kerap berbanding sifat tabiinya sebelum ini. Sebab itulah kini semakin kerap berlaku gegaran gempa bumi dan kita biasa mendengar tentang tsunami. Malaysia yang tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik pun sudah boleh merasai gegarannya. Apa akan terjadi sekiranya plat-plat itu bergerak semakin pantas?" soalnya sambil memberitahu bumi kini berusia 4.5 bilion tahun.
Fenomena alam berangkai
Mohamad Ali menerangkan, plat bumi bergerak semakin pantas ekoran tindakan manusia sendiri seperti pemusnahan hutan, penggondolan bukit, ujian nuklear dan penggerudian dasar laut.
"Suhu bumi yang semakin panas boleh mencairkan bongkah ais di kawasan kutub. Jika ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan mencair, ia boleh menyebabkan banjir besar pada dunia," katanya ketika dihubungi.
Mohamad Ali tidak menolak kemungkinan berlakunya kemusnahan alam besar-besaran kerana teori kepupusan haiwan dan tumbuhan purba bagai menunjukkan jawapannya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan berlakunya fenomena alam berangkai yang dinamakan chain reaction sekali gus mencetuskan bencana yang amat dahsyat.
"Gempa bumi boleh menolak air laut ke atas permukaan bumi. Apabila ia berlaku, bumi berusaha untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu lalu menghasilkan 'tindakan-tindakan' melampau. Kejadian hujan batu dan salji turun di benua Afrika adalah antara tanda-tanda yang menunjukkan penyesuaian itu," ujarnya.
Dalam pada itu, NASA baru-baru ini menafikan kewujudan planet Nibiru atau planet X yang dikatakan muncul berhampiran bumi dan bakal melanggarnya pada tahun 2012 berdasarkan teori kaum Mayan.
"Planet ini tidak wujud," kata saintis NASA, Dr. David Morrison yang mendakwa menerima beribu-ribu e-mel berunsur kebimbangan berhubung kiamat yang dikatakan akan berlaku pada 2012.
Terma Kosmofobia
Morrison berpendapat, minat manusia yang semakin berkembang terhadap angkasa lepas telah membawa kepada satu terma iaitu 'kosmofobia'.
"Semakin manusia mengenali angkasa lepas, manusia semakin takut kepada ancaman cakerawala seperti ribut solar, lubang hitam dan Milky Way.
"Ramalan kiamat mungkin boleh meninggalkan kesan yang paling buruk iaitu membuatkan manusia takut terhadap unsur-unsur kosmos iaitu bidang astronomi dan alam semesta," ujarnya
SUMBER:KOSMO!
TARIKH:11/11/2009

Monday, November 9, 2009

rafaeL a.k.a p[a][e]L

nie la wajah bwu aku lepas diupdate oleh gayboy2.....da mcam bapak ayam plak lah aku...=))okeyh x?acctually aku sje nak tukar image...da musan image same jurk....law kowg nak trima kew xtrima kew 2 hal kowg...jnji aku apy ngan image bwu aku nie.....tp sblm RAYA HAJI aku itamkan la balek....daa~~

INI PENTING UNTUK SEMUA

http://militaryofmalaysia.blogspot.com
-tujuan menambah ilmu pengetahuan dalam ketenteraan mesti puas hati baca-

untuk pengetahuan anda sume

aku xreti sangat ngan blog nie....harap tunjuk ajar la